Thursday, July 23, 2009

TERKILAN...

apa nak dikata. saya rasa terkilan kerana pada tahun 2009 ni kehadiran ahli puteri ke mesyuarat perwakilan puteri bahagian kian berkurangan. mengapa ye? bukan nak kata cawangan lain, ahli puteri dari cawangan saya sendiri pun tidak ambil endah bila tiba musim persidangan atau mesyuarat perwakilan puteri bahagian. sudah dimaklumkan tetapi tiada respon. mengapa sambutan ahli-ahli puteri begini ye? mengapa mereka sendiri tidak menyuarakan cadangan, pendapat dan pandangan mereka sendiri? kita tidak tahu apa kehendak mereka sekiranya mereka sendiri tidak memberitahu. kadang-kadang saya tidak pasti apa tujuan sebenarnya mereka menjadi ahli puteri. kalau kata nak ikut sama berjuang, kenapa bayang pun tak nampak? fikir-fikir lah sendiri. ke mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, ke mana nak diwariskan perjuangan ini kalau tak kepada yang muda-muda terutamanya ahli-ahli puteri ini. aduhai..

4 comments:

UMNO Cawangan Gombak Selatan said...
This comment has been removed by the author.
UMNO Cawangan Gombak Selatan said...

Salam Perjuangan,

Kami dari UMNO Cawangan Gombak Selatan mengucapkan Syabas buat anda yang mengambil inisiatif mendekati masyarakat melalui Blog.

Sama2 lah kita berjuang dalam menjawab segala dakyah2 yang dilemparkan pihak pembangkang agar masyarakat mengetahui perjuangan murni kita demi Agama, Bangsa dan Negara.

Ketua UMNO Cawangan Gombak Selatan, EN. ABD. RAZAK MUHAMAD mengucapkan Salam Persahabatan khas buat anda.

Sekian, Ikhlas dari,

SHAMSURY MOHD SALLEH
Ketua Penerangan merangkap Ketua Editor Blog,
UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN,
BAHAGIAN WANGSA MAJU.

ps : Blog anda kami senaraikan (Link) antara Blog pilihan di blog kami.

Unknown said...

Suka dicadangkan pihak UMNO menghubungi En Saiful 013-365 5715 bagi mengadakan suatu program ceramah tertutup bertajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH. Kumpulan ini terdiri daripada anak-anak murid tok guru pondok yang giat berdakwah secara sukarela menyedarkan masyarakat tentang kekufuran PAS dari segi aqidah. Mereka tidak mengharapkan sebarang bayaran dan apa yang dilakukan ialah bersifat fisabilillah

pu3segambuttengah said...

salam,
tertarik dengan post ini..
saya juga ingin berkongsi dengan saudari..bukan sahaja ini menjadi masalah kepada Puteri Cawangan saudari,tetapi mungkin menjadi masalah juga kepada mana2 puteri cawangan yang lain..saya juga menghadapi masalah yang sama..sekiranya adakan mesyuarat,komitment yang diberikan amat mengecewakan..bukan kita tak ambil inisiatif,tapi macam saudari katakan..kita xtahu apa masalah mereka sekiranya mereka tak memberikan kerjasama dan juga xmnyuarakan pendapat dan masalah..