Thursday, July 23, 2009

TERKILAN...

apa nak dikata. saya rasa terkilan kerana pada tahun 2009 ni kehadiran ahli puteri ke mesyuarat perwakilan puteri bahagian kian berkurangan. mengapa ye? bukan nak kata cawangan lain, ahli puteri dari cawangan saya sendiri pun tidak ambil endah bila tiba musim persidangan atau mesyuarat perwakilan puteri bahagian. sudah dimaklumkan tetapi tiada respon. mengapa sambutan ahli-ahli puteri begini ye? mengapa mereka sendiri tidak menyuarakan cadangan, pendapat dan pandangan mereka sendiri? kita tidak tahu apa kehendak mereka sekiranya mereka sendiri tidak memberitahu. kadang-kadang saya tidak pasti apa tujuan sebenarnya mereka menjadi ahli puteri. kalau kata nak ikut sama berjuang, kenapa bayang pun tak nampak? fikir-fikir lah sendiri. ke mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, ke mana nak diwariskan perjuangan ini kalau tak kepada yang muda-muda terutamanya ahli-ahli puteri ini. aduhai..

Friday, June 19, 2009

memperlekehkan perjuangan umno

1. Terdapat usaha berterusan untuk memperlekeh perjuangan UMNO dan orang Melayu untuk kemerdekaan.

2. Kononnya orang yang pertama memperjuangkan kemerdekaan ialah Chin Peng, pemimpin Parti Komunis Malaya. Chin Peng lah yang cuba membebaskan Malaya daripada penjajah British sebelum mana-mana orang Melayu mencuba melakukannya.

3. Perjuangan UMNO adalah kemudian dari itu.

4. Chin Peng bukanlah orang yang pertama yang memberontak melawan British. Sebelum Parti Komunis Malaya (PKM atau MCP - Malayan Communist Party), sudah ada Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang bergerak sebelum Perang Dunia II. Mereka tidak mendapat sokongan penuh daripada orang Melayu Semenanjung kerana mereka cenderung ke kiri. Dengan itu perjuangan mereka tidak begitu berhasil. Namun terdapat beberapa pertubuhan yang secara tidak langsung mewarisi perjuangan mereka. Malay Nationalist Party atau Party Kebangsaan Melayu, Angkatan Belia Insaf dan Putera adalah di antara pertubuhan yang meneruskan perjuangan KMM. Mereka juga tidak mendapat sokongan daripada majoriti orang Melayu kerana disyaki dipengaruhi oleh Komunis.

5. Selepas KMM barulah datang Chin Peng dan PKM. Chin Peng berjuang untuk mendirikan sebuah Communist Dictatorship di mana dia akan menjadi diktator. Bagi orang yang bukan Komunis, terutama bagi orang Malayu kejayaan Chin Peng bukan akan membawa kemerdekaan tetapi mengganti penjajahan British dengan penjajahan Komunis pimpinan Chin Peng dengan majoriti daripada pemerintahan terdiri daripada kaum Cina. Melayu yang akan ada dalam pemerintahan Komunis ini hanyalah hiasan, seperti juga kita lihat keadaan di Singapura sekarang.

6. Bangsa Melayu dan Bahasa Melayu lambat laun akan terhapus.

7. Sebab itu Melayu yang sedikit yang mirip ke kiri pun tidak ingin menyertai MCP. Keadaan dalam MCP sepanjang ia mencuba rebut kuasa, mulanya daripada British dan kemudian daripada Kerajaan Campuran Perikatan dan Barisan Nasional, memberi gambaran akan pemerintahan Chin Peng jika ia berjaya. Orang Cina Komunis akan menjadi pemerintah tetapi Komunis Melayu dengan orang Melayu dan India akan diberi peranan yang kecil dan tidak bermakna sama sekali.

8. Inilah sebabnya yang orang Melayu tidak menyertai pemberontakan MCP melawan British, dan tidak anggapnya sebagai perjuangan untuk kemerdekaan Malaya.

9. Dengan kesedaran dan kepercayaan ini maka orang Melayu telah tubuh badan yang tersendiri untuk betul-betul memperjuangkan kemerdekaan daripada penjajahan British. Badan yang ditubuh ialah UMNO.

10. Orang Melayu tidak percaya yang pemberontakan bersenjata akan berkesan. Ini adalah kerana negara yang akan di warisi jika menang sekalipun sudah tentu akan rosak teruk kerana peperangan.

11. Pendekatan orang Melayu dan UMNO mengambilkira kemampuan mereka. Mungkin perjuangan UMNO tidak gah seperti perjuangan kemerdekaan bersenjata di negara-negara lain, tetapi kemerdekaan yang dicapai oleh UMNO lebih bermakna kerana Malaysia dapat menegak pendirian sendiri dan mengecam kuasa besar di dunia apabila mereka membuat kesalahan.

12. Sesungguhnya UMNO lah yang perjuangkan kemerdekaan sehingga berjaya mencapai kemerdekaan yang bermakna. Chin Peng berjuang untuk mendirikan pemerintahan diktator Komunis yang akan menjajah orang Melayu dan kaum-kaum lain juga.

By Tun Dr. Mahathir Mohamad

memahami perjuangan 2

Ahli politik ‘pemurah pahala’

Minda Dr. Maza

Ramai orang politik memang pemurah. Semua orang cakap begitu. Sifat pemurah orang politik mempunyai banyak makna. Mungkin kerana ingin menolong orang lain disebabkan mereka merasakan mereka itu pemimpin. Mungkin juga kerana ingin menjaga undi dan sokongan. Sehinggakan Ketua Dewan Ulama PAS pun mengeluh tentang ‘unsur rasuah politik’ dalam partinya.

Sama ada dinamakan rasuah atau apa sahaja; orang politik itukan pemurah?! Sekalipun mungkin ada maknanya yang tersendiri. Ya! Kuasa, pengaruh, nama, pangkat dan segala yang berkaitan dengannya bukan mudah hendak dilepaskan, juga bukan mudah untuk diubati jika sudah mabuk. Benarlah kata tokoh umat Islam yang terbilang al-Imam Sufyan al-Thauri (meninggal 161H): Aku tidak melihat paling kurangnya kezuhudan itu melainkan dalam perkara kepimpinan (kuasa). Engkau akan dapati seseorang yang zuhud dalam makanan, minuman, harta dan pakaian tetapi apabila tiba soal kuasa maka dia akan mempertahan dan bermusuhan kerananya (al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala, 7/262).

Namun ramai orang politik dan ‘tidak politik’ bukan sahaja murah duit atau ‘harta dunia’ tapi juga murah pahala. Dengan mudah sahaja mereka memberikan ‘pahala’ mereka kepada orang lain, atau dengan mudah rela menanggung dosa orang lain jika mereka tidak dapat memberikannya pahala. Nabi SAW pernah bertanya para sahabat baginda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka (Riwayat Muslim).

Hadis ini amat menakutkan. Inilah hakikat muflis atau bankrap yang hakiki. Adapun muflis dalam kehidupan dunia mungkin boleh diselesaikan atau berakhir. Namun muflis jenis ini membawa kesan dalam kehidupan ‘alam abadi’. Ya, kita semua jarang yang terlepas dari kesalahan ini. Namun kita selalu berusaha dan ingin mengelaknya. Malangnya, dalam kehidupan sesetengah ahli politik yang tidak berteraskan wahyu kita ada dapati bagi mereka memaki hamun orang, menuduh orang tanpa bukti, memakan harta orang atau rakyat, menumpahkan darah orang sama ada mencedera atau membunuhnya tanpa sebab yang diizinkan syarak bagaikan ‘rukun politik’ yang wajib dan ‘haram’ ditinggalkan. Lebih buruk lagi jika itu semua dihalalkan atas berbagai alasan.

Mengkritik dan memberikan pandangan berbeza dalam politik adalah tidak mengapa. Bahkan merupakan satu keperluan. Jika membabitkan hak rakyat, maka rakyat perlu dibela. Apatah lagi dalam ‘reka bentuk’ politik demokrasi yang diamalkan. Namun, memaki-hamun, mencerca, sehingga ada yang mencarut adalah bertentangan dengan syarak. Lebih buruk lagi ada yang mengutuk sifat peribadi orang lain yang Allah ciptakan seperti mempersendakan ‘botak’, ‘hidung besar’, ‘mamak’ dan berbagai lagi. Makian, kutukan, sendaan itu dijadikan bahan ketawa yang ‘dikongsi dosa’ bersama pengikut dan penyokong. Jika ada tuduhan terhadap musuh politiknya, belum pun ada bukti atau sokongan bukti, terus sahaja diperkatakan secara ‘yakin tanpa syak’. Bersorak sorai pengikut meraikan ‘kemurahan pahala’ orang politik. Sementara membelasah harta orang dilakukan oleh banyak pihak yang tidak jujur dan amanah. Namun, dalam banyak keadaan ramai orang politik yang mempergunakan harta rakyat untuk kepentingan dirinya. Demikian sejarah juga menunjukkan penumpahan darah dan penyeksaan ke atas hamba-hamba Allah yang lain sering mempunyai hubungan dengan politik.

Buruk

Lebih buruk lagi, ada yang menghalalkan kesalahan-kesalahan tersebut atas alasan demi menegakkan kebenaran. Lalu dipetiklah kata-kata sarjana itu dan ini seperti al-Imam al-Ghazali dan al-Nawawi bagi menjustifikasikan perbuatan salah tersebut. Padahal jika dilihat kepada konteks huraian yang mereka sebutkan, bukan demikian maksudnya. Mana mungkin mereka menghalalkan maki-hamun, carut-marut atau menuduh tanpa bukti atas alasan untuk menegakkan kebenaran. Kebenaran apa jika begitu rupanya?! Peperangan mempertahankan agama yang dihalalkan Allah dan rasul-Nya pun, tidak dibenarkan kita melampaui batas, apakah kita boleh melampaui batas ketika berpolitik? Firman Allah: (maksudnya) Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang melampaui batas. Namun orang politik yang berperang untuk kerusi mereka melampaui batas. (Surah al-Baqarah: ayat 190)

Saya masih teringat seorang penceramah politik tertentu, beliau juga terkenal dengan alunan zikir munajatnya. Semasa saya menjadi mufti, beliau berceramah atas pentas politiknya bersama dengan pendengarnya mengalunkan ‘istighfar dan zikirnya’. Habis sahaja ceramah beliau memaki hamun saya di atas pentas yang sama dengan menggelar saya ‘bapa syaitan’. Beliau mahu memancung saya dengan tuduhan saya akan menulis buku khas mengkritik partinya dan beberapa tuduhan lain yang tidak benar. Padahal buku tersebut tidak pernah muncul dan saya tiada cukup masa untuk itu. Saya hanya tersenyum sinis melihat rakaman tersebut dalam youtube. Saya juga mungkin berterima kasih atas sedekahnya itu untuk saya yang kekurangan pahala ini. Cuma saya begitu kagum; bagaimana politik boleh menukar watak manusia daripada berzikir kepada memaki hamun orang. Maka jangan hairan jika politik boleh menukar manusia menjadi pencerca, perompak harta, penyeksa bahkan pembunuh sekalipun. Ya, orang politik memang pemurah pahala.

Sikap tidak professional yang dilakukan oleh orang-orang politik seperti inilah yang membantutkan manfaat intelektual dan menyumbang kepada keretakan masyarakat. Malangnya, hal ini sering dilakukan oleh orang politik yang sedang berkuasa, juga yang ingin mendapatkan kuasa. Apa tidaknya, jika seseorang yang memberikan pandangan yang berbeza atau mengkritik dalam batasan yang wajar diambil tindakan, maka terbantut idea-idea yang baik. Juga, apabila tindakbalas itu diambil dalam bentuk maki hamun, atau kezaliman yang lain, maka retak dan bergeserlah masyarakat. Sebab itu, saya dapati dalam negara kita ramai intelektual takut, atau tidak dilatih untuk memberikan pandangan ‘ketiga’ atau yang berbeza dengan ‘kumpulan-kumpulan politik’ yang ada. Ini kerana, jika kumpulan atau badan politik itu mempunyai kuasa kita akan diambil tindakan secara kuasa. Jika mereka belum berkuasa, senjata cercaan, makian dan kutukan akan digunakan yang menyebabkan banyak pihak tidak mampu menanggungnya. Dengan itu, sifat murah pahala orang politik itu bukan sahaja untuk pesaing politik mereka, juga untuk sesiapa yang enggan akur kepada pandangan mereka, sekalipun tidak menyokong musuh mereka. Sehingga kadang-kala kita mungkin kecewa dan perit dengan sikap yang seperti itu. Namun Allah itu adil. Sabda Nabi SAW: Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk (Riwayat Muslim).

Cumanya, jika kita semua; sama ada kita orang politik atau tidak, merenungi hadis ini dan yang sebelumnya, mungkin kita akan tidak pemurah pahala lagi, atau akan kurang pemurah. Ini kerana setiap kita memang sukar untuk mengawal tabiat ‘boros pahala’ ini, namun mengingati hadis ini akan membataskan kita. Sifat pemurah memang dianjurkan oleh Islam kerana ia boleh membantu orang lain juga mengeratkan hubungan antara kita. Namun, jangan pemurah pahala kerana ia merosakkan orang lain dan meretakkan hubungan antara kita.


memahami perjuangan 1

Suatu bacaan yang berguna bagi meningkatkan kefahaman kita sebagai ahli terhadap perjuangan sebenar parti. Artikel ini akan berguna bagi memantapkan lagi semangat perjuangan kita seterusnya dapat menjadi maklumat berguna untuk menangkis tohmahan dari pihak pembangkang yang sentiasa memperlecehkan perjuangan suci UMNO untuk memartabatkan Agama, bangsa dan tanahair kita ini.

Sekian. Selamat membaca.

http://www.facebook.com/note.php?note_id=83086268428&ref=mf



Thursday, February 5, 2009

makluman

UMNO Bahagian Ampang dah ada email :-

umno.ampang@gmail.com


sekian.

Friday, January 30, 2009

perancangan kursus tahun 2009

Ahli Puteri yang dihormati,

Biro Latihan UMNO Bahagian Ampang bercadang mengadakan 3 kursus sepanjang tahun 2009 iaitu pada bulan April, Julai dan Disember. Walaubagaimana pun jadual bagi kursus-kursus berkenaan masih dalam dalam perbincangan dan akan dimaklumkan kemudian. Sila rujuk pada Ketua Puteri Cawangan Taman Tun Abdul Razak yang juga adalah Setiausaha Biro Latihan UMNO Bahagian Ampang untuk maklumat lanjut.

Sekian.

senarai biro peringkat cawangan

Assalamualaikum.

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa semua ahli Puteri Cawangan Taman Tun Abdul Razak dikehendaki menyertai Biro-Biro di peringkat cawangan. Senarai Biro-Biro di peringkat cawangan sperti berikut :-

BIRO-BIRO DI PERINGKAT CAWANGAN

01. Biro Latihan & Biro Pertanian dan IKS
02. Biro Perumahan dan Kerajaan Tempatan & Biro Pengaduan Awam
03. Biro Pembangunan Wanita dan Sosial & Biro Belia/Beliawanis
04. Biro Membasmi Penyalah Gunaan Dadah & Biro Agama
05. Biro Perancang Strategik (Daftar Pemilih dan Keahlian) & Biro Hubungan Antara Kaum
06. Biro Ekonomi & Biro Usahawan dan Penjaja Kecil
07. Biro Penerangan & Biro Keselamatan dan Bencana Alam
08. Biro Kesenian dan Kebudayaan & Biro Sukan
09. Biro Kebajikan & Biro Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia
10. Biro Pendidikan dan Pengajian Tinggi & Biro ICT dan Multimedia

p/s : mohon semua ahli Puteri Cawangan Taman Tun Abdul Razak memberi maklum balas berkenaan biro yang mana hendak disertai kepada Ketua Puteri Cawangan Taman Tun Abdul Razak melalui email - noraizanisah9@yahoo.com atau hubungi Pn Nor di Pejabat UMNO Bahagian 03-42529276.

sekian, salam hormat.

Wednesday, January 28, 2009

Anak Merdeka

Kami anak merdeka
Bangga pada negara
Kami maju, satu hati bersama

Kita telah berjaya
Satu hati bersama
Terima kasih pada semua
Pahlawan dan Bapa Malaysia

Wahai anak merdeka
Tanah kita yang punya
Giat usaha, pasti maju sentiasa

Nyalakan semangatmu
Saling bantu membantu
Segala cita yang kau bina
Akan pasti kau rasa

Usaha gigih yang ikhlas pasti 'kan dibangga
Binakanlah semangat cinta Malaysia

Berganding Tangan

Lihatlah di sekeliling, wajah-wajah yang berpaling
Dahulunya sekutu, saling berjanji berjuang sehidup semati
Kerana hasutan juga hasad dengki
Sanggup menjatuhkan sesama sendiri

Haruskah kita biarkan kemewahan dihakiskan?
Terus menerus menyaksikan, si petualang menghancurkan
Hanya kita dapat membina semula
Apa yang telah dihancurkan olehnya

Kita datang dari arah yang sama
Kini kau enggan bertentang mata
Hanya kita berhak untuk menentukan
Kita punya masa hadapan

Berganding tangan, kita jayakan
Kita kembalikan zaman-zaman kegemilangan
Berganding tangan, kita saksikan
Segala impian, kita jadikan kenyataan

Anak-Anak Kita

Anak-anak kitakah yang berlari telanjang
Di bawah mentari sumbing
Sambil bernyanyi lagu
Ketakutan hari-hari ini

Anak-anak kitakah yang memikul beban
Kesilapan kita
Hingga dia tak kenal
Budaya canggung bangsa sendiri

Selamatkan anak kita
Dari padang jerangkap samar
Selamatkan anak kita
Orde baru politikus usang

Anak-anak kitakah yang bermain
Di hutan belukar
Dengan senapang kayu ubi
Cambah tak kenal bahaya

Anak-anak kitakah yang tak tahu nak pulang
Bila petang
kerana terlalu sibuk main lastik
Dan berpistolan
Pistol-pistolan

Jaga-jaga anak kita
Jangan sampai jadi hamba
Jaga-jaga anak kita
Kita ini orang merdeka

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan sendiri lagi

Panggillah mereka pulang
Ayah nak ajar
Tentang kurang ajar
Jadi mereka takkan dimomok lagi

Fikir
Selamatkah kita di tangan tukang karut itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan dalang wayang itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan ahli koporat itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan doktor jiwa itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan pakar kitab itu
Fikir
Selamatkah kita di tangan tuhan-tuhan itu

Sunday, January 25, 2009

buah cempedak di luar pagar...

assalamualaikum... hehehe... aku la budaknya yg baru nak belajo nih...
baru le nak update citer2 yg lepas2 tu.. bukan apa beb, kekadang tu mood dan idea tak de... jadi terlewat le... tp apa2 pun tak salahkan..kan..kan... lau ada yg kurang tepat ke, tak betul ke harap leh la tolong ajo2kan yek...
sekian, wassalam.

pengalaman bertugas sukarela bencana alam




bermula dari tarikh 6 disember hari tu, kejadian tanah runtuh pada paginya di bukit antarabangsa... aku dpt tahu dr tv... bila sampai di pejabat aku tepon su bahagian sbb nya hari sabtu selalu aku tak keje... su bg tahu bos-bos semua ada kat lokasi tanah runtuh... aku diarahkan utk membuat panggilan menyuruh semua ketua-ketua cawangan berada bersama di lokasi tanah runtuh itu... aku juga diarahkan ke lokasi oleh ketua puteri bahagian... aku pon pergilah, lambat sampai sbb info tempat tak betul... akhir sekali baru dpt info yg betul utk ke tempat bertugas... laluan pertama adalh turun bukit dr hutan belukar berhampiran kondo uthaneum... susah gak nk turun bukit time hujan, licin... lau silap langkah mau jatuh tergelincir... apa-apa pun aku dan kawan2 selamat turun dari bukit tersebut... aku sampai di tempat bertugas, lokasi di kyoto garden condo di mana relief centre yg dikendalikan puteri umno bahagian ampang di tempatkan... hari2 lain pulak ikut jln bersebelahan dgn tanah runtuh tu...dpt la tgok rumah2 yg rosak dan hancur tu... ushh gerun gak... dan ahri selanjutnya apa bila jln utk kereta buka berjadual... ikut le laluan tu... bila kereta tak masuk, kena la naik jalan kaki... bukit tuuuu, mengah lah jugak tp apa2 pun teruskan juga...

ermmm... dgn tak ada membuat persiapan utk stay back, aku bertugas kat situ... boleh la, tak la susah sangat tugasnya cuma jaga bekalan makanan kering dan makanan basah dihantar berjadual... aku ingat jaga penghuni kat kondo tu je... tapi rupanya sekali dengan taman-taman yang berhampiran yang juga terputus hubungan jalan keluar masuk kat situ... tak kesah la tu... aku bertugas dari tarikh 6 dis hingga 13 dis, ulang alik gak tapi kadang2 tido situ gak... nasib baik ada penghuni yang bermurah hati utk bg tempat tido... dgn bekalan elektrik terputus menyukarkan jugak... penghuni2 kat situ ada macam2 perangai... yang baik tu ok la, yg sebaliknya tu pulak terpaksa la kasi ayat2 power skit hehehe... kena bijak nak handle org2 yg banyak songeh nih... tp apa2 pun semua nya dapat dikendalikan dgn baik... cuma ada setengah pihak yg mempertikaikan kemampuan aku dan kwn2 puteri yg lain... biasa la kalau kita buat yg terbaik pasti ada yg iri hati dgn kejayaan kita... apa2 pun penghuni2 dan penduduk2 tahu apa yg kami buat... peduli la dgn org yg bnyk songeh, yg suka kecoh2 tu... yang penting tugas harus dilaksanakan... 8 dis, raya haji terpaksa raya kat kyoto garden condo ni... apa2 pun semua penghuni bergembira disamping dengan lawatan2 dari menteri2 dan timbalan menteri... bukan senang menteri nak melawat kita oiiii... penghuni kat situ kira bertuah....hehehe...

tak aku nafikan pengalaman ni amat berharga... secara tak langsung hubungan silaturrahim terjalin... juga dapat mewujudkan suasana kemesraan sesama penghuni kat situ yg selama ini sepi...

apa-apa pun syabas kepada semua yg terlibat secara langsung atau tidak langsung.... semuga apa yg bermula akan berterusan....insyaallah...